Datuk Seri Aliff Syukri tampil memohon maaf selepas tindakannya memuat naik video isterinya yang sedang melahirkan anak keempat mereka dipertontonkan kepada umum.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagramnya itu Aliff berkata, dia tidak dapat memuaskan hati semua orang dan niatnya hanya mahu berkongsi pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat suaminya.
“Saya tidak boleh puaskan hati orang dan saya mohon maaf jika ada yang tak suka (dengan) apa-apa yang saya post sebelum ini.
“Niat saya nak berkongsi saat seorang ibu melahirkan anak dan betapa susahnya apa yang mereka lalui supaya suami-suami lebih menghargai isteri yang melahirkan zuriat mereka,” tulisnya.
Aliff juga berharap orang ramai tidak memberi tanggapan negatif dan bagi mereka yang tidak gemar, tidak perlu menonton video kisah hidupnya.
“Harap mana yang suka, ambil secara positif. Kalau yang suka fikir negatif ini, better tak payah tengok video saya sebab semua kisah saya.
“Saya buat videolog di YouTube channel TvTerlajakLaris dan salah satu content lifestyle kehidupan saya. Saya buat untuk followers saya di YouTube bukan untuk haters.
“Biasalah dalam hidup ini, apa yang kita buat tak semua orang setuju sebab masing-masing ada pandangan dan saya hormati pandangan anda semua.
“Harap benda ini tidak berlarutan,” tulisnya.
Meskipun telah dikecam netizen di media sosial, video tersebut masih belum dipadamkan lagi dari Instagramnya.
Terdahulu, netizen mengecam tindakan Aliff memuat naik video tersebut yang dianggap mengaibkan dan tidak menghormati isterinya. Malah, Faizal Ismail (FBI) juga turut tidak bersetuju dengan tindakan Aliff memuat naik video berkenaan.
“Alasan utuk beri pengajaran kepada lain adalah sekadar nak ‘halalkan’ perbuatan. Ramai yang tak tengok video pun masih menghormati ibu dan isteri.” tulis FBI di Instagramnya semalam.
BERITA BERKAITAN: