Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tiada pasangan yang sukakan perceraian berlaku. Sebaik-baiknya, ramai yang mahu kekal bersama dengan pasangan masing-masing sehingga ke akhir hayat. Namun, ianya mustahil kerana adakalanya timbul tiada persefahaman di antara pasangan atau pasangan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya boleh membawa kepada perceraian.
Kebahagiaan rumah tangga sepatutnya dijaga dan dipertahankan. Ada banyak cara yang boleh dipelajari atau mendapatkan khidmat kaunseling.
Bagaimanapun, bagi kes yang berat dan tidak dapat diselamatkan, suami usahkan menganiaya isteri dengan menggantungnya tidak bertali. Lepaskanlah secara baik seperti mana anda mendekati dia dengan baik pada awal mula perkenalan dahulu.
Di bawah, perkongsian kes perceraian dari Peguam Roslina yang menceritakan seorang isteri digantung tak bertali selama 12 tahun. Satu tempoh yang agak lama dan membuatkan isteri terseksa. Semoga menjadi pengajaran dan manfaatkanlah perkongsian tersebut.








