Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bapa mertua yang membelasah menantunya di tepi jalan sehingga video kejadian itu viral di media sosial, tampil menafikan dakwaan atau spekulasi netizen kononnya dia merupakan gengster besar di Kuching.
Mengulas mengenai kejadian yang melibatkan menantunya, Wong berkata, menantunya itu bukanlah seorang suami yang bertanggungjawab setelah berkahwin. Katanya, lelaki itu tidak memberi perhatian terhadap anak perempuan dan cucunya, malah mendera bekas isterinya ketika masih bersama.
Malangnya, lelaki muda itu dipercayai bersikap biadab membuatkan Wong hilang pertimbangan lalu mengajarnya.
Dalam masa yang sama, Wong mengaku dia telah ditahan polis selama tiga hari dan tidak pasti sama ada dia akan didakwa di mahkamah atau sebaliknya. Wong berharap, dia dapat dibebaskan dari tindakan undang-undang kerana dia masih perlu bekerja untuk mencari sesuap nasi.













