Kudrat lelaki ini, bekerja siang dan malam untuk membahagiakan isteri dan anak-anak dan juga untuk keselesaan mereka sekeluarga. Demi kasih sayangnya pada isteri, rumah dibeli untuk dihadiahkan pada isterinya. Tetapi, bila keluarga ipar duai mula campur tangan, segalanya jadi berantakan.
Kisah yang dikongsikan oleh wanita ini meruntun hati netizen. Seorang lelaki mengalami tekanan apabila tidak mampu untuk melunaskan pembayaran bulanan rumah. Bukan setakat itu sahaja, segala bebanan kewangan ditanggungnya termasuk perbelanjaan keluarga mertua. Apa yang mengejutkan, tekanan tersebut menyebabkannya menggantung dirinya sehingga mati.
FIRST, saya tak ajar orang jadi kurang ajar dengan mertua dan ipar duai. Second, I dont give a d*mn kalau orang pikir saya ni ajak orang lain bukak aib. My attention adalah bermula dari sejarah ini (bukan screenshot di bawah ni).
Lepas saya gred, saya terus ditawarkan kerja dengan sebuah syarikat perbankan di ibu negara. Tugas saya jaga akaun-akaun pinjaman perumahan islamic dan buat reschedule sekiranya mereka tak mampu untuk bayar bulan-bulan mengikut perjanjian asal. Sama ada kurangkan installment atau panjangkan tenure (which is ini offer yang mengarut).
Seorang lelaki hamba Allah ni duduk di Kedah dan saya terima panggilan dari beliau setelah saya tinggalkan contact number kepada keluarga mertuanya. Mereka duduk serumah. Mula-mula panggilan agak tegang, dia maki hamun saya sebab dia tuduh memalukan dia dengan menelefon mertua dia.
Tapi saya tetap ikut rules bank dengan tidak mendedahkan apa-apa maklumat kepada third parties dan kalau dia komplen, saya boleh didakwa dan selamanya blacklist untuk kerja dengan mana-mana company. Sepanjang makian dia pada saya, saya berdiam. Sebab saya tahu mesti ada isu dia sesama mertua.
Kemudian dia diam. Lebih kurang 5 minit, saya panggil dia dengan nada bersahaja “Encik okey?” Then he cried out loud macam orang giler! Sampaikan dia bercakap sambil menangis tapi saya tak faham apa dia cakap sebab sedu tu lebih kuat dari butir bicara dia.
Kemudian saya tenangkan dia, saya minta maaf kerana tinggalkan nombor telefon pada ayah mertua dia, namun untuk memalukan, itu bukanlah motif saya selaku pegawai bertugas. Hanya kerana saya dah cuba telefon dia banyak kali, tapi tak berangkat dan rumah dia menunggu masa untuk auction (dilelong). Kemudian selama seminggu saya follow up kes dia, bantu dia untuk kurangkan bayaran bulanan dengan keadaan dia menanggung segalanya untuk isi rumah termasuk tiga orang anak yang masih kecil.
Dia masih bekerja di company swasta, gaji bersih sebulan RM3,200. Kalau kita orang takde masalah, kita fikir jumlah itu banyak, tapi kita tak tahu periuk nasi orang. Kita tak tahu apa isu dalaman dia sampaikan rumah sendiri tak terbayar.
Isu dia, mertua kuat masuk campur hal rumah tangga, plus ipar duai parasit! Dia teramat sayang isteri dia, sampaikan rela berpindah ke rumah mertua sebab tak nak isteri dia hari-hari serabut bila mak dia call bagitahu ayah dia tak sihat. Takde siapa jaga. Kebetulan isteri dia anak sulung, maka dia izinkan isteri untuk pindah walaupun dia tak setuju sebab dia lelaki. Ada tiga orang ipar duduk serumah dalam rumah mertua dia. Dua dah berkahwin dan beranak-pinak, seorang kutu berahak kaki cautut.
3, 4 bulan berlalu, ipar yang duduk serumah tadi minta nak duduk rumah lelaki ni dengan kadar sewaan RM300 sebulan, sedangkan installment rumah RM720 sebulan. Jadi baki, lelaki ini tokokkan sebab tak nak sangkut payment dengan bank.
Satu bulan je bayar sewa. Selepas tu ipar dia terus diam buat tak tahu. Acapkali bank call, lelaki ni serabut sebab tak ada payment masuk dalam account dia sebanyak RM300 (kadar sewa si ipar yang perlu bayar). Sampai bergaduh, halau keluar, panggil polis, tapi bila mertua masuk campur, segalanya jadi berantakan. Lelaki ini dituduh tak berguna, berkira dan hampir-hampir dia bercerai dengan isteri disebabkan isu ini.
Macam mana saya tahu semua cerita ni? Customer tak boleh b*llsh*t saya. Saya tak boleh terima cerita tanpa bukti. Kalau dia nak saya tolong dia, dia jangan memandai-mandai dengan saya. Segala report polis, WhatsApp makian cacian ipar duai termasuk mertua dia, dia forward pada saya. Kesian. Kesian giler saya tengok dia sebab living kos rumah mertua pun dia 100% dia support termasuk kereta dia dipakai ipar duai suka hati macam mak bapa mereka punya.
Dia tak mampu lepaskan isteri sebab anak-anak masih kecil. Bila ajak isteri keluar, bermula drama mertua sakitlah dan sebagainya. So bila saya call mertua dia, dia naik angin sebab dia memang severe tension dengan mertua dan ipar duai.
Sebulan saya fight kes dia, buat paper work untuk bantu dia tapi tak lulus sebab rumah tu baru setahun lebih beli. Bayaran pokok pun tak gerak lagi. Sebulan juga saya tak tidur malam memikirkan macam mana saya nak bantu dia. Dia hampir setiap hari call saya, tanya status permohonan pengurangan bayaran bulanan rumah dia.
Sampai saya dapat arahan dari big boss, rumah dia kalau nak lepas dari auction, dia kena settle habis termasuk kos-kos legal berjumlah RM7,000 lebih. Saya perlu profesional tanpa perlu percampuran emosi dalam isu ni. Kerja saya tolong dia, if tak berjaya, totally out of my control.
The day saya call dia, dia banyak berdiam. Saya terangkan dengan jelas tapi saya tak dapat respond dari dia. Yang saya boleh baca masa tu, saya tahu dia terduduk. Difahamkan kereta dia pun dah ditarik.
Hati saya dup dap dup dap. Saya memang menanti dia call saya dan membawa khabar baik. Tapi tiga hari kemudian saya menggigil pegang gangang telefon bila isteri dia call cakap dia dah meninggal. Saya minta isteri dia fax pada saya surat kematian untuk bantu selesaikan insurans.
Alangkah terkejut dan saya menangis bila dalam surat kematian, bila tengok kolum punca kematian ditulis, “Hang.” Gantung diri. Beliau bunuh diri.
Saya follow up kes ni pada isteri dia dan saya cakap pihak insurans consider punca kematian invalid untuk claim insurans.
Next days, pak mertua arwah call, tanya boleh tak rumah tu tukar nama atas nama anak jantan dia, saya tutuh habis-habis orang tua itu dengan cara paling sopan.
“Ambil rumah orang pakcik tak boleh main ambil gitu macam main pondok-pondok, bank pun ada undang-undang. Kalau isteri arwah minta rumah itu pun belum tentu dapat melainkan pergi refinancing semula. Ini arwah suruh bayar RM300 pun tak mampu, apatah lagi nak bayar RM700 lebih sebulan. Jangan nak cari jalan senang je ye.”
Dari kisah ni, kita tak tahu level mana tertekannya si arwah sampai dia menggantung diri. Kita tak berada di tempat dia, tak boleh simply letak sebarang pertuduhan especially bab agama. Arwah sayang sangat isteri dia sebab dia cakap dia nak hadiahkan rumah itu untuk isteri dia. Bila dia dah tiada, ada la tempat untuk anak-anak dan isteri berteduh.
Dan awak yang ada isu dengan mertua dan ipar duai, not worthy melukakan hati dan jiwa sendiri. If you can’t stand anymore, lari! Lari dari situasi. Isu dengan mertua dan ipar duai ibarat ditelan mati emak diluah mati bapa. But first come first, bebaskan diri dari tekanan dulu, then cari solutions.
Bumi ini luas, jangan pilih cara menekan jiwa. #justshare
Sumber: Suhada Samsor