'Saya Kenal Tangan Suami Yang Membelai Saya Selama Ini...' - The Reporter

‘Saya Kenal Tangan Suami Yang Membelai Saya Selama Ini…’

Ingat tak insiden kren runtuh tahun lepas semasa musim haji di Masjidil Haram? Aku tengah ada kursus petugas haji sekarang. Dapat cerita yang sangat menyentuh hati. Cerita ini disampaikan oleh pegawai Tabung Haji yang handle kes ini sendiri.
Selepas berlaku insiden itu, jemaah-jemaah haji yang tak jumpa waris mereka dipanggil datang untuk mengecam mayat. Keadaan mayat-mayat amat menyayatkan hati. 
Arab Saudi letakkan gambar-gambar jenazah di dinding-dinding dewan agar semua boleh membuat pengecaman. 
Ada seorang anggota jemaah haji wanita yang tengah membuat pengecaman. Dia nampak satu gambar jenazah yang hanya tinggal tangan sahaja. Makcik ini terus menangis dengan penuh syahdu. Dia terus membuat pengecaman bahawa itu adalah tangan suaminya. 
Semua hairan, macam mana dia boleh tahu bahawa itu adalah suaminya. Sedangkan hanya tangan itu saja yang tinggal dan tiada apa-apa tanda-tanda istimewa, cincin atau jam pun untuk mengetahui bahawa itu adalah tangan suaminya secara pasti. 
“Selama berpuluh tahun selepas solat, saya akan tengok, salam dan cium tangan suami. Saya cukup kenal dengan tangan yang selama ini telah membelai dan menjaga diri saya dan keluarga,” kata makcik itu.
Sedih, pegawai Tabung Haji ini yang mendengar jawapan makcik itu pun turut menangis sama. Moga kita dikurniakan suami yang soleh dan isteri-isteri yang solehah. Ameen. – Abdul Rahman Abdul Kadir | PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!