Pada 9 Mac yang lalu, pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan berkhalwat di kediaman wanita itu.
Bagaimanapun Ruhainies dalam kenyataan pada 14 Mac menjelaskan, dia telah menjemput Aliff untuk makan malam bersama keluarganya. Mereka sempat berbual sementara menunggu kedatangan kakaknya, Risteena. Aliff dalam kenyataan berasingan menegaskan, tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka.
Namun, penjelasan itu tidak diterima oleh netizen yang berterusan mengecam kedua-dua pelakon tersebut.
Tidak berdiam diri, Risteena tampil mendedahkan bukti perbualan melalui aplikasi WhatsApp bersama Ruhainies yang menunjukkan perancangan untuk makan malam itu sememangnya berlaku.




Menurut Risteena, dia sepatutnya tiba di lokasi pada masa yang sama dengan Ruhainies. Namun, disebabkan komimen kerja dan kesesakan jalan, dia terlambat sampai.
Semalam menerusi kenyataan di Instastory pada Jumaat, Risteena memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak yang telah membuat kenyataan berbaur fitnah dan hinaan terhadap adiknya.

Menurut Risteena, walaupun ada yang telah memadamkan komen-komen tersebut, tetapi pihak peguamnya telah menyimpan semua gambar tangkap layar.
“Walaupun sudah padam, semua bukti berunsur fitnah, lucah dan maki akan discreenshot oleh pihak peguam. Tolong bagi kerjasama nanti,” katanya.








