'Saya faham mereka nak jaga nama' - Boy Iman akui ada rakan artis putus kawan dengannya - The Reporter

‘Saya faham mereka nak jaga nama’ – Boy Iman akui ada rakan artis putus kawan dengannya

Pelakon Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A. Rahman, mengakui kontroversi penipuan yang dikaitkan dengannya sebelum ini telah mencalar namanya.

Dia mengakui perasaan malu dan segan untuk berdepan dengan masyarakat dan rakan artis, tetapi memilih untuk berdepan dengan situasi tersebut.

“Kalau nak kata malu, sudah tentu ada sebab saya pun manusia biasa. Rasa segan dan malu itu lagi banyak. Nak berjumpa dengan awak (wartawan Kosmo! Online) pun saya tidak mahu kerana malu,” katanya.

Boy Iman juga menerima pelbagai reaksi berbeza dari rakan-rakan artis, dengan adanya beberapa rakan artis yang menjauhkan diri dan memutuskan persahabatan mereka.

Namun, dia memahami keputusan rakannya yang mahu menjaga reputasi mereka sebagai selebriti.

“Memang ada yang menjauhkan diri dan putus sahabat. Tetapi saya faham mereka mahu menjaga nama mereka. Tapi saya okay sahaja,” katanya.

Boy Iman percaya, apa yang berlaku telah disusun dengan baik oleh Tuhan dan yakin dengan perancanganNya.

Dalam temubual itu, Boy Iman merancang untuk kembali ke bidang lakonan, tetapi perlu menurunkan berat badannya terlebih dahulu.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!