Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Mei lalu, tular video seorang wanita secara jujur memaklumkan dia berharap bakal suaminya berpendapatan lebih RM9,000 sebulan.
Tiada alasan speksifik diberikan, namun netizen menganggap wanita itu keterlaluan dan tidak realistik.
“RM9,000? Kamu ada sijil apa? RM9,000 itu gaji level-level suami orang atau kena berkahwin dengan lelaki berusia 45 tahun ke atas dik,” kata netizen.
Terbaru, tular video seorang wanita Cina pula ditanya soalan yang sama. Apa yang menariknya, responden tidak kisah berapa pun gaji bakal suaminya.
“Saya tak kisah sangatlah. Asalkan dia dapat menanggung komitmen bersama, itu sudah mencukupi.
“Gaji bakal suami sekurang-sekurangnya RM2,000 ke RM3,000. Sebab saya faham lelaki bukan senang untuk mendapatkan gaji yang stabil.
“Saya pun boleh bekerja dan membantu dia sampai mendapat gaji yang stabil,” kata responden.
Video tersebut mendapat lebih 650,000 tontonan di TikTok sejak dimuat naik dua hari lalu. Rata-rata lelaki mengakui terkejut dengan kejujuran responden.
‘Amoi ni jujur’

‘Need more women like her’

Sumber: Yoofriends








