'Saya dengan suci hati memohon maaf kepada keluarga mangsa, saya turut memikul keperitan tragedi ini' - Sam Ke Ting - The Reporter

‘Saya dengan suci hati memohon maaf kepada keluarga mangsa, saya turut memikul keperitan tragedi ini’ – Sam Ke Ting

Walaupun keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan menyebabkan lapan remaja berbasikal lajak meninggal dunia dalam kemalangan 2017, wanita itu tetap memohon maaf kepada keluarga mangsa di atas apa yang telah berlaku.

Sam mengakui sepanjang enam tahun itu, dia sentiasa terfikir dan merenung bagaimana dengan kehidupan harian dan masa depan lapan remaja terbabit yang mungkin dapat dinikmati di sisi keluarga tersayang, jika kemalangan itu tidak berlaku.

Beliau juga sedar apa jua yang dikatakannya tidak akan mampu mententeramkan kehidupan keluarga-keluarga mangsa yang dipercayai masih bersedih dengan kejadian yang berlaku.

“Kata-kata saya tidak dapat membawa arwah kembali ke pangkuan keluarga. Namun demikian, saya ingin sampaikan kepada keluarga mangsa bahawa saya turut memikul keperitan tragedi itu.

“Saya dengan suci hati memohon maaf kepada keluarga mangsa walaupun saya tahu dan faham bahawa maaf berat dihulurkan.

“Akhir sekali saya berterima kasih pada mahkamah dan hakim kerana mendengar pembelaan saya dengan teliti,” katanya memetik laporan dari Harian Metro, Selasa, 11 April 2022.

Dalam pada itu, Sam mengakui bahawa beliau yang memandu kereta dan menyebabkan kematian pada lapan remaja terbabit. Tetapi, kemalangan itu bukan disengajakan.

“Namun demikian, kemalangan itu bukan disengajakan oleh saya. Saya merasa sangat simpati bagi nasib dan penderitaan keluarga atas pemergian arwah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!