Anak kepada usahawan terkenal Dato Seri Vida (DSV), yang dikenali sebagai Cik B menarik perhatian ramai apabila dikelilingi pegawal peribadi seramai empat orang.
Cik B yang berbaju hitam itu dilihat berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah sambil diiringi oleh pengawal peribadi yang terdiri daripada seorang wanita dan tiga lelaki itu kelihatan sangat serius dalam menjalankan tugas mereka.
Menerusi hantaran di TikTok itu, Cik B menyatakan dia sudah mempunyai pengawal peribadi. Tetapi apa yang diperlukan sekarang adalah kekasih.
“Saya dah ada bodyguard, tapi sekarang saya perlukan kekasih,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang menawarkan diri untuk menjadi kekasih kepada Cik B sehingga ada yang sanggup berbuat apa sahaja demi Cik B.
Dalam pada itu juga, ibu kepada Cik B juga turut meninggalkan komen. Kata-kata tersebut sering diungkapkan oleh DSV buat anaknya.
“Cik B, anak mama yang hebat,” tulisnya.
Sumber: cikb_havoc








