Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
JOHOR – Susulan viral video sebuah kereta BMW berwarna hitam yang memotong secara berbahaya sehingga menyebabkan kereta Perodua Kenari kemalangan, pemandunya tampil menjelaskan bahawa dia berada dalam kecemasan ketika kejadian itu berlaku, lapor Harian Metro.
“Anda boleh menghubungi saya dan sertakan sekali nombor akaun. Saya mahu tebus kekhilafan saya,” katanya yang juga sempat mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha.
Terdahulu, Nojahwati Sohaini, 34, memuat naik video kejadian rakaman dashcam milik saksi kejadian tersebut dan mengecam tindakan pemandu BMW berkenaan yang memotong secara berbahaya ketika cuba memotong sebuah lori sehingga menyebabkan kereta yang dipandu adiknya melanggar penghadang besi jalan. di Jalan Ulu Penggeli-Bandar Tenggara.












