'Saya bukan CEO syarikat, saya hanya pekerja makan gaji' - Boy Iman nafi scam peniaga di WTC - The Reporter

‘Saya bukan CEO syarikat, saya hanya pekerja makan gaji’ – Boy Iman nafi scam peniaga di WTC

Pelakon Boy Iman tampil menafikan dakwaan kononnya dia telah menipu sekumpulan peniaga sehingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

Dalam satu kenyataan yang dibuat menerusi akaun Instagramnya tadi, Boy menjelaskan dia sebenarnya tidak layak untuk memberi sebarang kenyataan berhubung insiden yang berlaku di World Trade Centre (WTC) itu.

Tetapi disebabkan ramai yang menghubungi dan menyebut namanya kerana dikaitkan dengan kes itu, Boy terpaksa tampil memberi penjelasanbagi mengelakkan salah faham dan fitnah itu berterusan dilempar terhadapnya.

“Tiba-tiba ramai betul orang menyebut naa saya di media sosial petang ini, siap tag, komen, pm, dm dan ada juga yang personal WhatsApp saya berikutan apa yang berlaku di satu acara membeli belah raya yang sepatutnya berlangsung di WTC, tetapi tidak jadi dan ditunda pada satu tarikh baru.

“Saya tidak layak untuk bercakap. Apatah lagi memberi sebarang kenyataan melibatkan syarikat kerana itu bukan syarikat saya.

“Saya bukan CEO syarikat, saya juga tidak bertanggungjawab terhadap akaun syarikat, perjalanan syarikat, SOP syarikat, keputusan syarikat selagi nama syarikat masih beroperasi dan sah serta mempunyai pemilik syarikat, lembaga pengarah syarikat dan CEO syarikat.

“Saya hanya pekerja yang makan gaji, tertakluk pada surat tawaran kerja dan surat perlantikan yang dikeluarkan kepada saya mengikut SOP kerja yang termaktub di situ, ditandatangani oleh saya dan CEO syarikat.

“Andai saya bercakap lebih-lebih, nanti saya boleh dikenakan tindakan oleh pihak syarikat kerana saya masih bekerja dalam syarikat.

“Kenyataan saya ini adalah fakta dan boleh dibawa ke pihak berkuasa atau mahkamah kerana semuanya telah didokumenkan secara sah mengikut undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, Boy juga sedia memberi kerjasama penuh kepada pihak polis sekiranya perlu. Dan dia memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak memutar belitkan kenyataannya itu.

Terdahulu, nama Boy Iman menjadi perbualan hangat di media sosial susulan ada segelintir peniaga yang terlibat dalam insiden itu mendakwa mereka telah discam oleh Boy Iman.

Sumber: Instagram Boy Iman

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!