Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Nasra Abukar Ali, atlet Somalia yang tular di media sosial kerana terpaling ‘lambat’ menghabiskan acara pecut 100 meter di Sukan Universiti Dunia di China pada Rabu lalu, akhirnya tampil memberi penjelasan.
Baca: ‘Masuk guna kabel ke?’ – Atlet pecut wanita malukan negara, Menteri Belia & Sukan Somalia mohon maaf
Menurut Nasra, dia pada hari kejadian tidak dapat memberi prestasi sepenuhnya kerana menanggung kesakitan di bahagian kakinya yang terseliuh.
Dalam satu kenyataan, Nasra kesal dia bukan sahaja dikritik hebat, malah dipersenda ramai kerana prestasi hambarnya itu walaupun hakikatnya dia mengalami kecederaan.
Dalam acara pecut 100 meter itu, Nasra mengambil masa 21 saat untuk sampai ke garisan penamat, dua kali ganda masa tambahan dari catatan masa pemenang acara itu, Gabriela Silva Mourao, 11.58 saat.
Dengan catatan masa itu, Nasra dilabelkan sebagai pelumba terpaling perlahan dalam acara pecut 100 meter.
The Ministry of Youth and Sports should step down. It's disheartening to witness such an incompetent government. How could they select an untrained girl to represent Somalia in running? It's truly shocking and reflects poorly on our country internationally. pic.twitter.com/vMkBUA5JSL
— Elham Garaad ✍︎ (@EGaraad_) August 1, 2023
“Somalia tidak layak untuk masuk acara larian itu. Saya berlari dengan kaki terseliuh, tetapi saya dikritik,” katanya memetik laporan dari Citizen Digital.
Di Twitter, ramai yang menyebarkan video tersebut dan menyelar pihak Kementerian Belia dan Sukan Somalia kerana menghantar atlet yang tidak terlatih itu ke pertandingan bertaraf dunia.
Disebabkan insiden yang memalukan itu, orang ramai kini mengelar Nasra sebagai atlet yang paling teruk dalam sejarah yang pernah menyertai temasya sukan antarabangsa kerana mencatatkan rekod untuk penamat paling perlahan dalam sejarah pertandingan itu.
BBC melaporkan, Kerajaan Somalia telah bertindak menggantung pegawai sukan yang terbabit dalam kejadian itu kerana membenarkan Nasra bertanding dalam acara sukan antarabangsa.
Sumber: Citizen Digital