Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
KLUANG – Rumah yang disewa kepada penyewa adalah satu amanah yang perlu dijaga oleh setiap insan yang menyewa. Bagaimana rumah itu diserahkan kepada penyewa dalam keadaan bersih, terjaga dan kemas, begitulah keadaannya bila penyewa memutuskan untuk berhenti menyewa rumah tersebut.
Difahamkan, Umi juga memberikan kadar sewa yang rendah kepada keluarga berkenaan setelah bersimpati dengan mereka yang kononnya orang susah. Namun tidak menyangka begini pula balasan yang diterima selepas membantu mereka.
“Saya dan suami nekad turun ke Kluang tetapi dimaki oleh suaminya. Dia janji mahu membayar sewa dan meminta peluang untuk duduk beberapa hari lagi sementara mencari rumah sewa yang lain. Saya percaya dan beri peluang namun dia menghilangkan diri (lari) sejak Ogos lalu,” katanya.