'Saya berasa sungguh yakin dengan diri!' - Zizie Izette kongsi kegembiraan capai body goal - The Reporter

‘Saya berasa sungguh yakin dengan diri!’ – Zizie Izette kongsi kegembiraan capai body goal

Mendapatkan bentuk badan yang ideal bukanlah mudah. Namun jika anda berdisiplin dan mengamalkan gaya pemakanan dan senaman yang betul, hasil yang diimpikan itu sudah pasti akan tercapai.

Sebelum ini, pelakon Zizie Izette, berkongsi penampilan baharunya melalui Instagram. Ramai yang memuji dan tidak kurang ada yang meminta dia berkongsi tips untuk mendapatkan bentuk badan sedemikian.

Dua hari lalu, Zizie berkongsi pula rahsia di sebalik kejayaan mendapatkan bentuk badannya itu. Rupa-rupanya, Zizie mendapatkan khidmat jurulatih peribadi, Gigi Couzin yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

‘Penghargaan untuk jurulatih peribadi saya, Gigi Couzin, yang membantu saya untuk mencapai ke tahap ini! Kamu membawa saya ke peringkat yang seterusnya. Bukan sahaja bentuk badan menjadi lebih baik, malah saya berasa sungguh yakin dengan diri.

“Terima kasih kerana membimbing saya untuk mencapai matlamat. Dan paling utama, saya gembira dapat berjumpa dengan kawan seperti kamu,” katanya pada kapsyen gambar tersebut.

Di ruangan komen, netizen termasuk rakan artis seperti Zarina Zainuddin, Fouziah Gous, Sazzy Falak, memuji kegigihan Zizie.

“Ibu lima anak dengan penampilan seperti ini, awak kelihatan hebat!” komen Nina Adlina.

Namun ada juga netizen yang membuat teguran terhadap Zizie agar tidak memakai pakaian yang menjolok mata.

“Sifat malu ibarat perisai kepada wanita beriman. Salah satu dari cara untuk mengukur sifat malu seorang wanita itu adalah melalui cara ia berpakaian,” komen netizen.

Bagaimanapun, ruangan komen telah ditutup oleh Zizie.

Sumber: Instagram Zizie Izette

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!