Sarawak Masih Perlukan BN Untuk Tuntut Kenaikan Royalti Minyak - The Reporter

Sarawak Masih Perlukan BN Untuk Tuntut Kenaikan Royalti Minyak

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak masih memerlukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk eneruskan rundingan mengenai royalti minyak dengan Putrajaya, kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.
Kata beliau, hanya pentadbiran BN di Sarawak yang dapat membawa perkara itu dalam rundingan dengan kerajaan Persekutuan kerana Sarawak ditadbir dari ‘kelab’ yang sama. 
“Semua rakyat Sarawak mahu royalti minyak dinaikkan termasuklah pembangkang. Soalnya, bukan siapa yang mahu, tetapi siapa yang dapat menunaikan perkara ini. Kalau DAP yang meminta, suara mereka tidak akan diendahkan kerana kerajaan pusat adalah kerajaan BN.
“Saya telah membangkitkan perkara ini pada Perdana Menteri dan beliau berkata, ‘kenapa kita berbincang mengenainya? Kita memang ke arah itu,” kata Adenan dalam program Bual Bicara Sarawak, Bernama TV, semalam.
Mengulas mengenai cubaan pembangkang membangkitkan semula isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), Adenan mempersoalkan niat sebenar parti DAP itu. 
“Apakah yang DAP, sebuah parti berasaskan kaum Cina tahu mengenai NCR? Hanya Bumiputera yang dapat memahmi seorang Bumiputera yang lain. Saya sendiri seorang Bumiputera dan saya telah mengambil langkah sejak dua tahun lalu untuk mempertahankan NCR,” katanya – THEHYPEMEDIA.COM
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!