PUTRAJAYA – Kerajaan Negeri Sarawak turut mengikut keputusan Kerajaan Persekutuan dengan mengisytiharkan 8 Julai sebagai pelepasan khas kepada penjawat awam negeri, sekiranya Aidilfitri jatuh pada 6 Julai, kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut memberi bantuan kewangan khas Aidilfitri RM500 kepada semua penjawat awam di Sarawak.
Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin juga bersetuju untuk menggantikan pelepasan khas yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada penjawat awam pada 8 Julai kepada 10 Julai. – PIXEL MEDIA