Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
“Anak aku, Hannah, yang berusia tiga bulan itu patah paha. Tak tahu jadi macam mana. Tahu-tahu pengasuh call suruh datang ambil,” demikian perkongsian awal Muhsin Zaidi mengenai bayi perempuannya yang mengalami patah kaki di bawah jagaan pengasuh semalam.
“Kalau betul memang ada orang buat zalim terhadap anak aku, aku takkan berlembut dah kali ini. Senangnya cakap, “Saya tak tahu apa-apa”. Aku hantar anak sihat, dapat balik tulang yang paling besar dalam badan dia patah.
“Petang tadi masa aku pergi ambil tadi, primary survey pun dah tahu ada fracture. Yes, it was very obvious deformity!! Kau tahu spiral fracture ini apa mekanisme kecederaan dia? Orang pegang dan pulas. Cuba kau pegang ranting sebesar ibu jari, kau pulas kuat-kuat. Ha, itulah dia punca spiral fracture. Budak tiga empat tahun ada tenaga sekuat itu ke?” tulis Muhsin.
Dalam pada itu juga, Muhsin meminta mana-mana individu yang arif tentang perundangan tampil membantu memberi pandangan berhubung kejadian yang tidak dijangkakan itu.
![]() |
| Akhirnya Hannah dapat tidur selepas seharian menangis tak berenti. Alhamdulillah, lega sikit hati aku huhu – FOTO: MUHSIN ZAIDI |
“Aku update di sini saja keadaan Hannah, tak larat nak reply WhatsApp seorang-seorang. Mohon tolong diakan anak aku, Hannah Khawlah. Semoga dijauhkan dari segala komplikasi lain,” tulisnya.














