Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pemergian pendaki, Mustaqeem Mansor, yang ditemui meninggal dunia di Gunung Liang, Tanjung Malim, terus meninggalkan kesan mendalam kepada rakan-rakan yang pernah mengenalinya.
Seorang sahabat rapat arwah berkongsi coretan menyentuh hati di Facebook, mengimbas kenangan persahabatan mereka yang dipenuhi gelak tawa, aktiviti sukan dan kenangan indah.
“Aku dah bertahun tinggal dunia FB ni Mus, tapi sebab hang, aku comeback balik la. Plan asal nak cerita sikit pasal hang, tapi tengok 1 Malaysia dah cerita. Jadi aku cerita pasal ‘kita’ ja lah…” tulisnya.
Menurut perkongsian itu, Mustaqeem bukan sahaja aktif dalam aktiviti pendakian, malah seorang yang sentiasa ringan tulang membantu rakan-rakan dalam pasukan bola sepak tempatan yang mereka sertai bersama.
“Setiap minggu hang akan jumpa aku kat padang bola. Lepas main, kita lepak sampai lewat malam. Bini call baru balik. Hang la orang kuat team kita. Suruh buat poster, laju ja siap. Tak pernah berkira,” katanya lagi.
Imbau kenangan
Nik Ahmad Ramadhan turut mengimbas detik lucu dan kebiasaan arwah membantu pemain yang cedera ketika perlawanan.
“Hang ni bukan tukang buat poster saja, tapi fisio terbaik. Semua kelengkapan hang ada. Kalau player injured, hang lari masuk padang usung bawak keluar,” tulisnya.
Namun, luahan itu bertukar sebak apabila dia menyentuh tentang tragedi kehilangan Mustaqeem di Gunung Liang.
“Tapi tu lah Mus, sampai hati ‘kawan-kawan’ hiking hang tak usung hang keluar masa hang injured noh. Kesian hang…”
Baca juga:
- Anwar tunaikan janji MA63, Pemberian Khas Sabah meningkat hingga RM600 juta
- Suami naik angin selepas pengawal minta isterinya tutup aurat di Masjid Selat Melaka
- ‘Saya influencer, tak perlu bayar kan?’ – Pemilik restoran nasi kandar kongsi pengalaman lucu pelanggan
Dalam hantaran itu, Nik turut berkongsi perjalanan dari Alor Setar ke Tanjung Malim untuk menunggu perkembangan misi mencari sahabatnya itu, walaupun keletihan menjaga anak kecil sepanjang malam.
“Perjalanan lima jam dari Aloq Staq, aku dah la barai jaga baby sampai kol 4 pagi. Tapi demi hang, takpa la Mus…”
Momen meruntun hati
Momen paling menyentuh hati adalah ketika dia menerima berita pemergian Mustaqeem dan saat jenazah dibawa pulang.
“On the way balik Aloq Staq, sempat la menangis dua kali untuk hang Mus. Bila sampai masjid, ramai datang ziarah. Aku pun tak kenal siapa yang datang, tapi semua sayang hang,” katanya.
Dia menambah, isteri Allahyarham sempat menghubungi rakan-rakan arwah dan memaklumkan bahawa nama beliau sering disebut oleh Mustaqeem semasa hayatnya.
“Dia habaq, dalam hidup hang ni, hang selalu sebut nama aku. Rasa bangga jugak la dapat jadi kawan baik hang…” kongsinya.
Nik juga berjanji untuk meneruskan legasi pasukan bola sepak yang pernah diuruskan oleh arwah.
“InsyaAllah kami geng management akan teruskan legasi team bola hang ni. Kami tak mampu nak buat macam hang, tapi kami cuba noh,” tulisnya.