'Sampai bila saya nak melawak & naik pentas?' - Pak Ya mahu fokus kerjaya mutawif | The Reporter

‘Sampai bila saya nak melawak & naik pentas?’ – Pak Ya mahu fokus kerjaya mutawif

Sumber Gambar: Ilya Buang

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon dan pelawak Ilya Buang Shaharum atau lebih dikenali sebagai Pak Ya memaklumkan bakal meninggalkan industri hiburan.

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan dirinya menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya baharunya sebagai mutawif.

Katanya kini, dia sedang menjalani kursus selama tiga bulan sebagai persediaan sebelum bergelar mutawif.

“Pada usia begini saya fikir ingin bekerja yang lebih dekat dengan agama dan Tuhan.

“Saya pun ada terfikir sampai bila hendak naik pentas buat lawak. Mungkin saya masih lagi akan berlawak, tetapi kali ini dengan kumpulan yang berbeza.

“Insya-Allah saya akan bergelar mutawif dan bakal membawa jemaah pertama pada 4 Disember depan,” katanya.

Keputusan tinggalkan industri

Tambahnya lagi keputusan meninggalkan industri hiburan juga sudah lama difikirkan dan keinginan untuk menunaikan ibadah haji secara tidak langsung mendorong dirinya memilih tawaran menjadi mutawif.

“Saya sebelum ini ingin membuat ibadah haji, tetapi tidak berkesampaian kerana masih belum giliran. Walaupun sudah membuat rayuan, tetapi masih gagal.

“Kalau boleh saya ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebelum menutup mata. Jadi apabila dapat tawaran ini, saya fikir ini satu peluang besar untuk saya lebih banyak beribadah.

“Mungkin dalam rombongan pertama nanti saya lebih kepada menghiburkan mereka kerana belum jadi menjadi mutawif sepenuhnya sebab masih pelajar praktikal,” katanya.

Sumber: mStar

Related Posts