'Sampai bila nak halang pelajar lelaki berambut panjang?' - Individu pertikai sistem pendidikan negara | The Reporter

‘Sampai bila nak halang pelajar lelaki berambut panjang?’ – Individu pertikai sistem pendidikan negara

Timbulan perdebatan hangat di media sosial mengenai sistem pendidikan negara yang dikatakan masih ketinggalan berikutan tidak membenarkan pelajar lelaki berambut panjang.

Isu itu timbul selepas video seorang mahasiswa yang sanggup menyembunyikan rambut panjangnya di sebalik rambut palsu bagi menghadiri majlis konvokesyen.

“Sampai bila sistem pendidikan nak halang pelajar lelaki berambut panjang? Apa masalah kalau rambut panjang? Otak jadi cacat ke? Nak mendidik atau nak menjadikan pelajar sebagai hamba korporat?” kata FG.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat pelajar lelaki sememangnya wajar berambut pendek agar kelihatan lebih kemas, selain peraturan telah ditetapkan bagi mendisiplinkan pelajar.

“Nampak tak kemas (kalau berambut panjang). Ada ke kerja kerajaan berambut panjang? Cuba bayangkan Perdana Menteri kita berambut panjang, tak ke buruk? Bagi saya, lelaki berambut pendek nampak kemas. Ada masa kita boleh bebas, ada masa kita kena ikut peraturan,” kata Aya98.

“Disiplin bang, peraturan simple untuk rambut pun tak boleh follow. Benda lain apatah lagi. Masa belajar je kena jaga, selepas habis tu, depend on your industry pulak. Kalau nak rambut ikut suka hati kau, jadi artislah bang,” ujar Rahmat Hidayat.

Untuk pengetahuan umum, penampilan seseorang pelajar itu adalah penting di persekitaran institut pendidikan tinggi yang mendorong penampilan lebih formal dan profesional di kalangan pelajar.

Selain itu, keterlibatan pelajar dalam kegiatan dalam beberapa program pengajian atau yang lain seperti kedoktoran, sukan dan yang lain-lain memerlukan pelajar berambut pendek untuk kesesuaian dan keselesaan semasa melakukan kegiatan itu.

Related Posts