Saman AES Tidak Dikenakan Terhadap Kereta Kerajaan - The Reporter

Saman AES Tidak Dikenakan Terhadap Kereta Kerajaan

KUALA LUMPUR – Kereta rasmi milik kerajaan tidak akan dikenakan saman sekiranya dipandu melebihi had laju yang ditetap, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
“Kebanyakan kereta yang dinaiki oleh menteri adalah untuk urusan rasmi kerajaan. Perkara itu berbeza sekiranya saman had laju dikenakan terhadap kereta milik peribadi. 
“Kereta kerajaan, jika kita dalam urusan rasmi, kita terpaksa pandu laju dan maklumkan kepada polis. 
“Contohnya saya terlambat dari satu acara untuk ke acara lain. Kemudian saya perlu memandu laju dan ditangkap. Kami akan jelaskan pada polis yang kami dari acara itu ke acara itu. 
“Kalau kereta rasmi, kami akan jelaskan pada polis. Kereta rasmi kerajaan digunakan untuk urusan kerajaan. Takkan digunakan untuk urusan kerajaan kita kena bayar saman juga?
“Kalau kereta sendiri, pemandu saya memandu kereta peribadi saya, saya akan bayar jika disaman,” katanya. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!