Saluran YouTube Monsta digodam, ditukar nama kepada MicroStrategy US | The Reporter

Saluran YouTube Monsta digodam, ditukar nama kepada MicroStrategy US

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta), Nizam Abdul Razak menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan bahawa akaun YouTube Monsta Channel telah digodam.

Saluran berkenaan yang telah mempunyai 13.5 juta pengikut telah ditukar nama kepada MicroStrategy US.

“Monsta Channel yang mempunyai 13.5 juta subscribers telah digodam dan ditukar nama ke MicroStrategy US,” katanya.

Menerusi satu kenyataan rasmi di jaringan X pula, Monsta berkata pihaknya sedang bekerja sama dengan pihak YouTube bagi mendapatkan semula akaun berkenaan selain kandungan-kandungan yang terjejas.

Dalam pada itu, Monsta turut komited dalam meningkatkan langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang sama berlaku.

Tinjaun ke saluran berkenaan mendapati nama MicroStrategy masih berada di saluran berkenaan dan tiada video atau konten yang dipaparkan.

Sementara itu, di ruangan komen hantaran Nizam, netizen mengharapkan agar saluran berkenaan dapat dikembalikan.

Sumber: Nizam Abdul Razak, Monsta

Related Posts