Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Farra Inalis semalam meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk memohon maaf jika mahu perkara itu diselesaikan. Namun tindakan Farra itu mengundang kritikan netizen yang menganggap permintaannya itu tidak wajar.
“Kenapa kena melutut? Anak awak bukannya tuhan. Cukup sekadar minta maaf,” antara komen netizen di media sosial.
Bagaimanapun, kritikan itu dijawab oleh Farra menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya semalam.
“Ramai rupanya netizen bercita-cita menjadi ustaz dan ustazah. Sebab itulah ramai sangat yang dok ceramah, kan?
“Yang korang dok bising sangat pasal melutut tu, apalah sangat melutut tu dengan apa yang dia dah cakap kat anak aku?
“Aku nak cakap satu benda dengan korang. Cuba kau letak diri kau dekat tempat aku sekarang. Aku berjuang sehabis daya, nak putus nyawa beranakkan seorang, nak keluarkan seketul ni tau.
“Bukan senang. (Tapi) tak sampai 40 hari, kau senang-senang mendajjalkan anak aku? Kau cakap muka anak aku macam hisap batu, kau cakap anak aku macam babi. Ibu mana yang boleh tahan?
“Mana aku nak mencari kesabaran aku? Setinggi mana iman kau, kau boleh sabar macam mana kalau orang cakap macam tu kat anak kau? Kau dalam pantang lagi tau time tu.
“Salah ke kalau aku minta (dia) melutut?” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, Farra mengakui kesabaran ada had dan tindakannya meminta lelaki itu melutut sudah cukup baik.


“Aku manusia, sabar aku ada limit. Cukup baik dah melutut. Ikut baran aku, takut tertinggal gigi dekat KL.
“Kau nak pertikaikan pasal aku minta (lelaki itu) melutut? Suka hati kaulah netizens yang ####,” katanya.








