Hari ini saya dapat satu pengalaman. Pengalaman melihat orang bersalin. Pengalaman di mana melihat seorang suami menangis melihat isteri. Pengalaman melihat seorang suami yang takut melihat keadaan isteri, melihat seorang ibu menahan sakit, menahan esakkan dan menahan kesakitan saat melahirkan seorang anak.
Ya Allah, sakit bersalin itu Allah sahaja yang tahu. Hujung mulut itu hanya menyebut Allah. Itu yang saya dengar dari mulut seorang ibu. Besar sungguh pengorbanan mereka. Saya pun turut terasa sakitnya apabila melihat mereka.
Bersalin bukan satu perkara yang mudah. Ada yang saya tengok, sampai 4 jam masih tak boleh bersalin. Ada ibu yang minta nak C-section disebabkan tak larat nak meneran. Tetapi doktor tak benarkan sebab komplikasi lagi banyak seperti pendarahan. Masih juga doktor amalkan untuk SVD (bersalin normal). Ada yang terpaksa divaccum disebabkan baby lemas.
Ini yang terjadi saat saya bekerja tadi. Bila berlaku kecemasan, loceng kecemasan akan dibunyikan. Semua doktor dan staff nurse gm berlari mendapatkan patient disebabkan baby sudah kebiruan dan hampir collapse.
Kepala bayi keluar separuh tetapi badan tak boleh keluar. Doktor terpaksa panjat untuk menekan perut ibu disebabkan ibu sudah tidak larat mahu meneran. Bila keluar saja, terus berlari untuk suction bagi menyelamatkan bayi tersebut.
Alhamdulillah, keajaiban boleh berlaku di mana-mana. Bayi itu dilahirkan dengan selamat.
Sempat juga saya singgah menjenguk bayi itu. Tiba-tiba mulut terasa nak kumat-kamit.
“Sayang, dah besar nanti jadi budak baik tau? Sian ibu tadi nak melahirkan kamu pun susah. Dia bertarung nyawa demi kamu,” lantas air mata bergenang kerana teringatkan ibu di rumah.
Bila dah dewasa ini, suka sakitkan hati dia. Tidak pernah terfikir langsung saat dia melahirkan kita. Bila tengok sendiri, barulah kita tahu betapa sakitnya perut ibu melihat kita yang selalu sakitkan hatinya.
Pengalaman yang bermakna. Kerja di Labour Room memang sangat best. Hari ini kerja tengok syurga kecil sahaja. – Siti Nurshuhadah, HSNZ | PIXEL MEDIA