Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Komet luar suria, 3I/ATLAS, kini menjadi perhatian ahli astronomi apabila ia menghampiri titik paling dekat dengan Matahari bulan depan. Fenomena ini jarang berlaku kerana komet tersebut datang dari luar sistem suria.
Warna berubah daripada merah ke hijau
Dalam pemerhatian ketika gerhana bulan penuh di Namibia, pakar komet Michael Jäger dan pasukannya berjaya merakam imej jelas 3I/ATLAS. Apa yang mengejutkan, lapisan gas dan debu di sekeliling nukleus komet itu yang sebelum ini berwarna merah kini bertukar hijau terang.
Saintis percaya perubahan ini berlaku kerana peningkatan penghasilan bahan kimia tertentu seperti sianida dan nikel apabila komet semakin menghampiri Matahari. Pasukan teleskop ATLAS yang menemui komet ini turut mengesan peralihan daripada pantulan cahaya debu kepada penghasilan butiran ais kecil yang lebih terang.

Baca juga:
- Penjaga zoo berusia 59 tahun maut diserang sekumpulan singa
- Saintis terkejut, objek misteri menuju ke sistem suria kini bertukar warna
- Tokoh konservatif Amerika, Charlie Kirk, mati ditembak ketika berucap di Utah
Teori dan pandangan pakar
Ahli astronomi Harvard, Avi Loeb, pernah mencadangkan kemungkinan 3I/ATLAS ialah objek buatan yang dihantar oleh makhluk asing. Namun kebanyakan pakar melihat ia lebih kepada sebuah komet biasa, cuma berasal dari jauh di luar sistem suria.
Loeb tetap menganggap komet ini luar biasa. Kajian menunjukkan kira-kira 87 peratus kandungan 3I/ATLAS terdiri daripada karbon dioksida, berbeza daripada kebanyakan komet lain. Laluan orbitnya juga pelik kerana menghampiri planet besar seperti Mars, Jupiter dan Venus.
Fenomena jarang berlaku, tarik perhatian ahli astronomi
Fenomena 3I/ATLAS dianggap peluang berharga untuk dunia sains. Setiap data yang direkodkan bukan sahaja membantu memahami sifat komet luar suria, malah memberi petunjuk baharu tentang evolusi sistem suria.
Walaupun ada teori lebih sensasi, majoriti ahli astronomi percaya 3I/ATLAS hanyalah sebuah komet luar suria yang unik untuk dikaji.