Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon Abdul Fattah Mohd Amin atau Fattah Amin telah melafazkan cerai terhadap isterinya, Fazura, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Isnin.
Dalam prosiding yang berlangsung hampir satu jam itu menyaksikan mahkamah merekodkan talak yang dilafazkan oleh Fattah, 34, di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh pada jam 9.45 pagi.
Selepas talak dijatuhkan, Fattah kelihatan sugul, manakala Fazura, atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, menangis dan memeluk ahli keluarganya.
Mahkamah kemudiannya meluluskan permohonan cerai yang difailkan oleh Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Hakim Syarie tersebut mensabitkan perceraian dan memerintahkan Fazura menjalani tempoh edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perpisahan tersebut.
Keretakan rumah tangga pasangan selebriti ini mula semakin jelas apabila Fazura memfailkan penceraian pada 13 September lalu.
Fazura dan Fattah, yang berkahwin pada 27 November 2017, dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Sinar Harian








