Rusia denda Google RM12 septilion kerana sekat media pro-Putin di YouTube - The Reporter

Rusia denda Google RM12 septilion kerana sekat media pro-Putin di YouTube

Denda $2.5 desilion terhadap Google

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


MOSCOW – Kerajaan Rusia telah mengenakan denda luar biasa ke atas Google sebanyak $2.5 desilion (RM11.84 septilion), iaitu jumlah yang jauh melebihi semua wang yang wujud di dunia ini.

Denda ini dikenakan kerana YouTube telah menyekat beberapa saluran media pro-Kremlin, dengan jumlah tersebut bersamaan satu angka yang diikuti 33 sifar.

Menurut laporan The Moscow Times, mahkamah berpihak kepada media Tsargrad dan RIA FAN pada tahun 2020 setelah Google menyekat saluran-saluran tersebut.

Tsargrad dan RIA FAN berkait rapat dengan kumpulan media Patriot yang pernah diketuai oleh Yevgeny Prigozhin, seorang sekutu rapat Presiden Putin.

Akibat daripada keputusan itu, Google dikenakan denda harian sebanyak ₽100,000 (RM5,086) yang berganda setiap minggu, menyebabkan jumlah terkumpul menjadi terlalu besar untuk dibayar.

Untuk gambaran yang lebih jelas, Bank Dunia menganggarkan jumlah keseluruhan KDNK global tahun lalu hanya sekitar $105 trilion (RM497 trilion), menunjukkan tuntutan kerajaan Rusia ini jauh melebihi semua wang yang ada di dunia.

Google, yang meraih pendapatan $307 bilion (RM1.45 trilion) tahun lalu, telah menghentikan pengiklanan di Rusia selepas pencerobohan negara itu ke atas Ukraine pada tahun 2022.

Anak syarikat Google di Rusia juga telah diisytiharkan muflis pada tahun lalu untuk mengelak daripada membayar denda yang sangat besar ini.

Penganalisis berpendapat, jika Google ingin kembali beroperasi di Rusia pada masa depan, mereka perlu mencapai persetujuan dengan kerajaan Rusia untuk menyelesaikan isu denda ini. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!