'Rugilah Kalau Bawa Anak², Tak Dapat Makan Buffet Puas²' - The Reporter

‘Rugilah Kalau Bawa Anak², Tak Dapat Makan Buffet Puas²’

Pergi iftar di satu tempat, terjumpa kawan lama bersama suaminya. Kawan itu sudah 5 tahun berkahwin dan mempunyai dua orang anak dan kedua-duanya lelaki. Si abang berusia 3 tahun dan adiknya setahun. Mereka tidak membawa anak-anak mereka bersama.

Kami bersembang sebentar dan aku bertanya, Kenapa tak bawa anak-anak sekali. 
“Rugilah kalau bawa anak, nanti tak boleh makan puas-puas. Sudahlah buffet ini mahal. Ini dah kali ketiga aku berbuka di luar. Suami aku yang ajak, aku ikut sajalah,” jawabnya. 
“Siapa yang jaga anak?” soalku lagi. 
“Mak aku. Maku memang jaga anak-anak aku bila aku kerja. Ini sekejap lagi habis makan, aku ambillah anak-anak aku balik. Rumah aku dengan mak aku bukan jauh pun. 
“Eh? Kau boleh ye bawa anak kau sekali. Tak nakal ke dia? Kalau aku, memang tak bawalah. Susah nak makan nanti. Rugi saja bayar mahal-mahal kalau makan sikit,” katanya. 
Ya Allah. Bila aku dengar saja dia berkata begitu, aku dah mula rasa geram. Tergamaknya seorang ibu bercakap seperti itu terhadap anak-anak dia. Seolah-olah anak-anak itu menjadi beban kepadanya. 
Boleh pula kau makan puas-puas dan kau tinggalkan anak-anak kau pada mak untuk dijaga. Kau nak makan sampai perut kau pecah ke apa sampai kau kata rugi kalau bawa anak-anak kau makan sekali?
Anak-anak aku pun lebih kurang sebaya saja dengan anak-anak kau tetapi aku boleh saja bawa anak-anak aku pergi makan sekali. Memang umur budak-budak seperti ini agak nakal. Memang sukar sedikit untuk mengawal mereka jika makan di luar. Tetapi aku tak sanggup tinggalkan anak-anak aku suruh orang lain yang jaga walaupun hantar pada mak aku sendiri. 
Anak-anak kau kan, kau kenalah pandai handle. Sudahlah mak kau yang jaga anak-anak kau bila kau bekerja. Selepas itu, kau boleh pula berbuka di luar. Kasihan mak kau yang seharian penat menjaga anak-anak kau. Mesti mak kau itu keletihan. Tambah-tambah di bulan puasa ini. Bukan kau nak bawa mak ayah kau berbuka dengan kau sekali. Ini kau boleh pula berbuka berdua saja dengan suami. 
Aku memang pantang kalau orang tinggalkan anak-anak pada mak sendiri atau pengasuh hanya disebabkan untuk kepentingan diri sendiri. Kalau kau tinggalkan anak-anak kau untuk bekerja, itu lain cerita. Kita bekerja pun sebab mahu menyara keluarga. Itu memang tanggungjawab kita.
Memang kau letih seharian bekerja tetapi kau lebih bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak kau bila habis waktu kerja. Itu satu kewajipan. Bukan main lepas tangan begitu sahaja. Kalau anak-anak kau tak boleh bawa makan di luar, kau tak payah berbuka di luar. Berbuka saja di rumah. 
Jangan anggap anak-anak kita sebagai beban kepada kita. Anak-anaklah pembawa rezeki yang paling besar sebenarnya. Hargailah anak-anak kita sementara mereka masih berada di sisi kita. Kalaulah suatu hari nanti Allah ambil nyawa anak kita, menyesal tak sudah kita dibuatnya. 
Jadi, jagalah anak-anak kita sebaik mungkin. Anak-anak ini adalah amanah dari Allah. Anak-anak adalah anugerah yang terindah untuk kita. Hargailah mereka sementara mereka masih ada. – Iqaniera | PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!