Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
BATU PAHAT, JOHOR – Seorang lelaki mengalami kerugian RM300 selepas mendapati iPhone 6 yang dibelinya dari seorang lelaki, rupa-rupanya hanya casing iPhone 6 sahaja.
“Sebelum dia beri iPhone itu, dia kata nak ambil kad sim miliknya dalam iPhone itu. Saya pun tak nampak bila masa dia tukar iPhone itu dan beri kami iPhone mainan. Bila dah sampai ke kereta, baru kami perasan yang kami telah ditipu,” katanya.
Sebaik saja mangsa menyerahkan wang, suspek dengan segera menyuruh mangsa menyimpan ‘iPhone 6’ tersebut kerana bimbang dilihat oleh orang lain. Mangsa hanya akur dan terus menyimpan ‘iPhone 6’ tersebut dalam poket seluar tanpa memeriksanya.
Justeru, Scha Kyla menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika terjumpa dengan lelaki berkenaan dan menurutnya, sudah ramai yang menjadi mangsa penipuan golongan ini yang dipercayai melakukan kegiatan ini lebih dari seorang. – The Reporter











