Roti canai dijangka akan naik harga lebih dari RM1.70, ekoran kekurangan bekalan tepung gandum

Baru-baru ini kerajaan India mengumumkan larangan mengeksport gandum, mengundang kebimbangan banyak negara, termasuk Malaysia. Namun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan tindakan India itu tidak akan menjejaskan bekalan di Malaysia. 

Ini kerana, Malaysia mengimport 80 peratus gandum dari Australia dan bakinya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine. 

Walaupun begitu, harga makanan seperti roti canai (RM1.20 hingga RM1.70 sekeping) yang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia dijangka akan naik susulan kenaikan harga tepung gandum yang berpunca daripada kekurangan bekalan di kedai runcit. 

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Jawahar Ali Taib Khan berkata, harga tepung gandum sememangnya sudah mengalami kenaikan harga sebelum India mengenakan sekatan eksport bahan mentah tersebut. 

“Seguni tepung gandum berat 25 kilogram sebelum ini dijual pada harga RM45, kini ia berharga RM65. Jika harga ini tidak dikawal, saya bimbang akan ada sedikit kenaikan harga produk makanan berasaskan gandum,” katanya. 

Keadaan mungkin bertambah buruk berikutan ada pemborong yang  akan menyorok bekalan tepung gandum kerana mahu menaikkan harga.

Justeru, Jawahar menggesa kerajaan mencari jalan penyelesaian seperti menambah seranai negara pengeluar gandum untuk mengimport komoditi itu. 

Sementara itu Presiden Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), J Suresh berkata, banyak restoran yang akan terkesan dengan perkembangan terbaru itu. 

“Walaupun restoran menaikkan harga baru-baru ini, ada kemungkinan berlaku kenaikan lagi. Pengusaha restoran mungkin terpaksa mencari alternatif kepada tepung gandum sekiranya harga terus meningkat. 

Sumber: Free Malaysia Today

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!