Gara-gara memuat naik semula kenyataan berbaur politik dari laman Facebook ‘Friends of Adham Baba’ di Facebook rasmi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dihujani pelbagai reaksi kurang senang dari netizen.
Berdasarkan status Facebook tersebut, kenyataan itu memuji Menteri Kesihatan Perikatan Nasional (PN) yang tidak banyak cakap dan terus bekerja, berbanding bekas menteri kesihatan lantikan Pakatan Harapan (PH) yang ‘blur’ dan tidak bijak.
“Menteri Kesihatan zaman PN, tak banyak cakap, tak banyak cerita. Awalan hari pertama masuk kerja terus sekat pelancong Iran, Itali dan Korea. Terus memastikan hubungan baik dengan China bersama Kementerian Luar Negeri bagi membantu bekalan sumbangan peralatan di Malaysia.
“So nampak tak beza?????
“Tapi jika menteri yang baik boleh berfikir dengan tenang dan membuat polisi yang bijak untuk kesihatan rakyatnya, maka pasukan beliau akan nampak bijak.
“So jelas tak? Sekadar perkongsian di hari minggu. Kita bersyukur Malaysia ada Menteri dan PM yang berpengalaman. Apa yang penting ada ‘sense of urgency’. Bukannya blurr.” tulis kenyataan itu.
Bagaimanapun, post itu telah dipadamkan setelah dikecam teruk oleh netizen. Ada beberapa individu cuba mempertahankan bahawa penularan screenshot status tersebut adalah palsu, data ‘web cache’ menunjukkan laman tersebut sememangnya ada memuat naik kenyataan itu.
Sumber: Google Cache |
REAKSI NETIZEN
Sumber: Syahredzan Bin Johan |
Sumber: Syahredzan Bin Johan |
Sementara itu, bekas perdana menteri, Najib Razak, menegur kerajaan PN agar tidak menggunakan saluran rasmi kerajaan seperti Facebook untuk troll atau bermain propaganda.
Presiden CUEPACS, Adnan Mat, juga menegaskan bahawa rakyat pada waktu ini tidak memerlukan ideologi politik. Sebaliknya hebahan dan maklumat mengenai situasi semasa wabak Covid-19.
“Saluran rasmi kerajaan perlu menyampaikan maklumat yang merentasi semangat politik kepartian.
“Pegawai yang dilantik atau mempunyai akses terhadap penggunaan medium komunikasi rasmi kerajaan perlu kekal berkecuali dan profesional dalam menyampaikan mesej kepada rakyat.
Sumber: Facebook