Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Rombakan Kabinet Kerajaan Madani kali ini menyaksikan pertukaran portfolio melibatkan beberapa menteri kanan serta timbalan menteri, mencerminkan usaha menyusun semula peranan dan tanggungjawab dalam pentadbiran kerajaan.
Antara menteri yang bertukar portfolio ialah Hannah Yeoh Tseow Suan yang berpindah daripada Kementerian Belia dan Sukan ke jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Steven Sim Chee Keong pula bertukar portfolio sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, manakala Datuk Seri Johari Abdul Ghani kini menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Turut bertukar portfolio ialah Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebagai Menteri Ekonomi, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup ke Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan ke Kementerian Sumber Manusia, serta Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang mengambil alih Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Pertukaran portfolio juga melibatkan Datuk Seri Zulkifli Hasan di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta beberapa timbalan menteri termasuk Liew Chin Tong (Kewangan), Abdul Rahman Mohamad (Peralihan Tenaga dan Transformasi Air), Chan Foong Hin (Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Lukanisman Awang Sauni (Luar Negeri), Lim Hui Ying (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Adam Adli Abd Halim (Pendidikan Tinggi), Hanifah Hajar Taib (Kesihatan), Mohamad Alamin (Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Khairul Firdaus Akbar Khan (Sumber Manusia) serta Huang Tiong Sii (Perladangan dan Komoditi).
Baca juga:
- ‘Papa Zola dan Mama Zila’ versi sebenar
- ‘Politik tanpa ihsan adalah politik tanpa arah’ – Afdlin Shauki
- ‘Hanya Mat Jenin boleh dapat terowong percuma’ – Lim Guan Eng
Lantikan baharu lengkapi susunan Kabinet
Selain itu, rombakan ini turut menyaksikan beberapa lantikan baharu ke dalam Jemaah Menteri. Antaranya Dr Mohammed Taufiq Johari yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, menggantikan portfolio yang ditinggalkan Hannah Yeoh.
Turut dilantik ialah Datuk Lo Su Fui sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Ts. Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), serta Marhamah binti Rosli sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Beberapa lantikan baharu lain melibatkan jawatan timbalan menteri termasuk Chew Choon Man (Pelancongan, Seni dan Budaya), Yuneswaran a/l Ramaraj (Perpaduan Negara), Sim Tze Tzin (Pelaburan, Perdagangan dan Industri), Syed Ibrahim Syed Noh (Sumber Asli dan Kelestarian Alam) serta Mordi anak Bimol sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Secara keseluruhan, rombakan kabinet Madani ini menampilkan penstrukturan semula portfolio sedia ada dan kemasukan wajah baharu bagi memperkukuh pelaksanaan dasar serta keberkesanan pentadbiran kerajaan.
Sumber: Senarai Anggota Jemaah Menteri Baharu, kemas kini 16 Disember 2025








