RMK13 tiada ‘faktor wow’ – Pembangkang dakwa cuma ulang dasar lama | The Reporter

RMK13 tiada ‘faktor wow’ – Pembangkang dakwa cuma ulang dasar lama

Wan Ahmad Fayhsal sedang berucap dalam Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal mengkritik RMK13 kerana didakwa tiada pembaharuan drastik dan hanya meneruskan dasar lama.
Apa yang kurang?

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam dipersoal pembangkang kerana dianggap tidak membawa lonjakan baharu yang besar kepada pembangunan negara.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, walaupun RMK13 menyentuh banyak inisiatif terutamanya di kawasan majoriti Melayu seperti Kelantan, ia masih gagal menawarkan sesuatu yang benar-benar membina semula landskap ekonomi secara menyeluruh.

“Saya tidak nampak sebarang faktor ‘wow’ daripada pengumuman ini. Ia hanya kelihatan seperti urusan seperti biasa,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today pada Khamis.

Tambahnya, walaupun kerajaan dilihat cuba menangani cabaran global masa kini, tetapi kebanyakan pengumuman hanya menyambung dasar sedia ada.

Baca juga:

Dakwa agihan tidak adil untuk negeri kurang membangun
Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman | Kredit gambar: Free Malaysia Today

Turut bersuara, Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman menyifatkan RMK13 gagal menetapkan formula agihan fiskal yang jelas untuk negeri-negeri kurang membangun seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Katanya, komitmen yang pernah disebut dalam RMK12 iaitu memperuntukkan 50% perbelanjaan pembangunan kepada negeri-negeri tersebut kini tidak lagi kelihatan dalam pelan baharu ini.

“RMK13 juga tidak menangani isu perkongsian hasil dan kawalan sumber antara kerajaan pusat dan negeri. Ketiadaan penglibatan negeri dalam perancangan dan pelaksanaan hanya akan terus mengekalkan ketidakseimbangan pembangunan wilayah,” katanya yang juga Ketua Biro Ekonomi PN.

Ada yang baik, tapi belum cukup meyakinkan

Walaupun kritikal terhadap keseluruhan rancangan, Wan Fayhsal menyambut baik inisiatif kerajaan dalam rancangan tebatan banjir.

“Setiap tahun bila banjir tiba, kos kemusnahan melebihi peruntukan mencegah. Jadi usaha itu wajar,” katanya.

RMK13 membabitkan pelaburan berjumlah RM611 bilion dan akan menjadi pelan pembangunan lima tahun terakhir sebelum Malaysia menuju status negara maju menjelang 2033.

Sumber: Free Malaysia Today

Related Posts