Bulan lalu, pelakon wanita, Rita Rudaini baru sahaja berkongsikan kegembiraan dengan pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang telah memperoleh Anugerah Pengetua MRSM.
Baru-baru ini pula, luahan rasa sedih Rita dikongsikan melihat anaknya yang mengalami patah tangan dalam satu insiden minggu lalu.
Rayyan dikatakan mengalami kecederaan itu pada hari pertama persekolahan selepas cuti hari raya.
“Isnin hantar sekolah, Selasa dah patah tangan. Terima kasih pada yang mendoakan Ryan dan Hospital Tampin.
“Rayyan kadang-kadang down, emosi tak tentu juga. Kadang dia okay, banyak cakap, kadang tak nak bercakap langsung. Tertekan sebab sebelah kanan je boleh guna, susah untuk dia bergerak,” katanya.
Gara-gara hantaran itu juga, netizen meninggalkan komen memetik nama bekas suaminya, Aidil Zafuan. Komen-komen tersebut membuatkan Rita berasa geram dan meminta netizen agar berhenti mengaitkan dirinya dengan bekas suaminya lagi.
“Sikit-sikit nak tag si ‘arwah’, sikit-sikit tag si polan tak datang tengok ke?
“Sudah-sudah la. Kenapa sebelum ni pernah nampak ‘arwah’ berjasa atau buat jasa ke untuk anak-anak?
“Dah 14 tahun dah, dah berbulu, berjanggut, so tak payah la. Nak bersua pun nanti lah bersua di akhirat. Kami dah cukup bahagia dan tenang sekarang,” tulisnya.
Dalam perkembangan lain, Rita akan berkongsikan kejadian sebenar yang terjadi pada anak sulungnya itu.
Sumber: Instagram Rita Rudaini