Rita Rudaini kecam podcast dedah untold story high council | The Reporter

Rita Rudaini kecam podcast dedah untold story high council

Sumber Gambar: Podcast Ashhrapp

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bagaikan tumbuh bak cendawan, segmen bual bicara menerusi podcast semakin tular. Ada yang berkongsikan pandangan dan pengalaman yang boleh memberikan impak positif tetapi tidak kurang juga yang bercerita sebaliknya.

Selebriti, Rita Rudaini mengecam sebuah podcast yang menjemput seorang wanita yang merupakan bekas pelajar di sebuah sekolah menengah berasrama yang berkongsi perbuatan terkutuknya.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Rita Rudaini persoalkan tindakan jemputan dan pengacara podcast berkenaan yang seolah tidak sensitif dengan isu yang dibicarakan.

Dalam podcast berkenaan, wanita tersebut mendedahkan dia pernah memasukkan julap ke dalam makanan bagi meracuni pelajar asrama lain.

Tidak hanya itu sahaja, dia turut mencampurkan racun tikus ke dalam botol kicap namun cubaannya gagal apabila dikesan oleh warden asrama.

Kata Rita, sepatutnya pendedahan tersebut tidak dibuat secara umum kerana dilihat akan memberikan kesan kepada pelajar lain.

“Dengan rasa bangga bercerita, kali kedua buat pula tu..yang interview pun tak rasa ke tak perlu kot. Interview macam cerita tu kelakar pula.

“Podcast macam ini akan ditonton oleh pelajar yang pendek akal macam perempuan ni dan apa jadi?

“Saiko betul, seronok, gelak-gelak cerita. Untuk bagi pengajaran kat orang tapi interview ni jadi macam sensitif. Racun tikus kot bukan madu yang nak gelak-gelak. Kenapa dengan orang sekarang ye?” katanya.

Dalam hantaran tersebut juga Rita mengingatkan kepada golongan muda yang mahu berkecimpung dalam dunia podcast supaya menghasilkan sebuah podcast yang berilmu.

“Untuk adik-adik yang baru nak up yang teringin nak buat podcast, interview apa sahaja isu-isu tolong lah berilmu.

“Yang tengoknya budak-budak. Santai-santai lah juga tapi biar nampak berilmu dan bagi impak yang bagus untuk anak-anak muda dan orang tua,” katanya.

Sumber: Rita Rudaini, Podcast Ashhrapp channel

Related Posts