Restoran ramen di Taiwan hidang Sup Ramen Katak tanpa disiang

Pemilik Yuan Ramen memberitahu, makan katak adalah perkara biasa di sekitar Yunlin, mereka memutuskan untuk membuat ramen yang menarik.

Bagi peminat makanan mi ramen, sup atau makanan segera, sudah cukup dihidangkan dengan tambahan keju, telur, ayam dan sebagainya. Tapi, pernahkah anda bayangkan jika menu tersebut diletakkan seekor katak yang tidak dipotong dan disiang?

Sebuah kedai ramen yang terletak di Yunlin, Taiwan memperkenalkan makanan eksotik terbaharu. Mereka menyajikan hidangan semangkuk ramen yang mengandungi katak yang tidak dipotong, disiang dan tidak dikupas.

Frog Frog Ramen merupakan menu terbaharu di menu kedai ramen Taiwan Yuan Ramen, di mana baru-baru ini menjadi viral di media sosial kerana ramuan tertentu iaitu katak yang besar, tidak disiang dan bertenggek di atas mangkuk mi.

Kedai tersebut baru-baru ini menyiarkan gambar hidangan pelik itu, meminta peminat mencadangkan nama untuknya di Facebook. Ia juga mengumumkan bahawa ramen katak akan tersedia pada malam Selasa dan Rabu. Tetapi dalam jumlah yang sangat terhad, dengan harga NT$250 (RM37) semangkuk.

Tetapi jika hanya mahu datang semata-mata untuk mengambil gambar, mereka akan dicaj dengan harga NT$100 (RM15).

Pemilik Yuan Ramen memberitahu Taiwan News bahawa mereka terinspirasi oleh ramen isopod yang menjadi viral di media sosial bulan lalu. Oleh kerana makan katak adalah perkara biasa di sekitar Yunlin, mereka memutuskan untuk membuat ramen yang menarik, tetapi dengan sentuhan tempatan.

Hasil pemerhatian mereka mendapati, beberapa orang sebenarnya cukup berani untuk mencuba ramen katak dan benar-benar menyukainya. Tetapi pemilik kedai akan membuat keputusan sama ada mahu menjadikannya menu tetap jika mendapat lebih banyak maklum balas.

Di Facebook, Yuan Ramen mendedahkan bahawa Frog Frog Frog Ramennya terdiri daripada sup ikan klasik, mi ramen klasik, kerang, dan 200g katak yang tidak dipotong, tanpa disiang dan ditaburkan dengan bawang hijau.

Sumber: Oddity Central

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!