SANTIAGO – Seorang lelaki yang mahu membunuh diri telah memanjat masuk ke dalam kandang singa di sebuah zoo, mengemparkan pengunjung yang lain.
Difahamkan, lelaki terbabit, Fanco Luis Ferrada, 20, telah melompat masuk ke kandang tersebut dan membuka pakaiannya mengacah dan meminta sekumpulan singa yang ada membahamnya sehingga mati.
Petugas zoo yang menyedari kejadian itu terus melepaskan tembakan ubat pelali, malangnya terkena pada leher Ferrada.
Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seekor singa yang menghampiri mangsa sudah bersedia mahu menerkamnya menyebabkan petugas zoo terpaksa melepaskan perluru hidup sekali gus membunuh dua ekor singa.
Mangsa cedera di bahagian punggung dan kepala akibat serangan singa serta akibat terlebih dos ubat pelali. Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di hospital.
Hasil siasatan polis mendapati, mangsa cuba membunuh diri berikutan penemuan nota membunuh diri. – PIXEL MEDIA