Remaja 14 tahun tikam rakan sekolah direman tujuh hari | The Reporter

Remaja 14 tahun tikam rakan sekolah direman tujuh hari

Anggota perubatan dilihat menguruskan mangsa di dalam ambulans di luar kawasan sekolah, manakala inset menunjukkan pelajar yang dikaitkan dengan kes tikam rakan sekolah di Bandar Utama.
Pelajar tikam rakan sekolah direman tujuh hari selepas insiden di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pada Selasa lalu.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kejadian tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama semalam terus meninggalkan kesan mendalam kepada warga sekolah dan masyarakat. Remaja lelaki berusia 14 tahun yang disyaki menikam rakan sekolahnya kini direman seminggu bagi membantu siasatan polis.

Reman terhadap pelajar itu dibenarkan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. Ia berkuat kuasa sehingga Selasa depan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca juga:

Dibawa melalui laluan khas

Suspek, pelajar tingkatan tiga kelas peralihan, tiba di mahkamah pagi tadi dalam kawalan ketat. Wartawan yang menunggu di luar tidak berpeluang merakam wajahnya apabila dia dibawa masuk melalui laluan tertutup menuju ke lokap sementara.

Siasatan awal menunjukkan insiden berlaku di kawasan tandas perempuan sekolah itu sekitar jam 9.30 pagi, Selasa. Mangsa, pelajar perempuan berusia 16 tahun, ditemui dengan kesan beberapa tikaman di bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat memaklumkan, senjata tajam dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail turut mengesahkan suspek ditahan pada hari sama.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

Related Posts