PMX dah umum banyak bantuan, tapi ada lagi yang tak bersyukur? | The Reporter

PMX dah umum banyak bantuan, tapi ada lagi yang tak bersyukur?

Perdana Menteri membaca dokumen semasa mesyuarat rasmi kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim | Kredit gambar: Pejabat Perdana Menteri / FB Anwar Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pengumuman Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima sambutan positif daripada majoriti rakyat. Inisiatif bantuan tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa, penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, pemotongan bil elektrik, tiada kenaikan tol bagi 10 lebuh raya serta cuti umum tambahan sempena Hari Malaysia dilihat sebagai langkah prihatin kerajaan dalam meringankan beban hidup rakyat.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan langkah-langkah itu sebagai bukti keprihatinan dan keberanian politik dalam menangani tekanan ekonomi global. “Syukur Alhamdulillah, ini baru kerajaan yang faham denyut nadi rakyat,” kata salah seorang netizen.

Ramai turut berkongsi rasa lega dan berterima kasih kepada PMX kerana terus menunjukkan komitmen membantu rakyat tanpa mengira latar belakang.

Baca juga:

Masih ada yang perlekeh usaha kerajaan

Namun begitu, masih ada segelintir yang memperlekeh dan mencemuh usaha ini. Tanpa rasa penghargaan, ada yang menyindir kononnya bantuan RM100 ‘tak ke mana’, manakala penurunan harga petrol dianggap ‘gimik politik’.

Kritikan sebegini bukan sahaja menunjukkan sikap tidak bersyukur, malah mencerminkan mentaliti lemah yang lebih suka bergantung dari berusaha.

Seorang pengguna media sosial membalas sinis, “Kalau dah diberi pun masih nak mencaci, agaknya kerajaan kena bagi emas baru puas hati.”

Bantuan bukan untuk manjakan, tapi galakkan bangkit

Bantuan yang diumumkan bukan untuk memanjakan rakyat, sebaliknya sebagai dorongan agar semua lapisan masyarakat dapat terus bangkit menghadapi cabaran ekonomi.

Dalam realiti semasa, tiada negara yang mampu memenuhi semua kehendak, namun menghina setiap usaha hanya menampakkan kurangnya adab dan kefahaman terhadap tanggungjawab bersama.

Setiap inisiatif kerajaan perlu dilihat dalam konteks kebersamaan, bukan sekadar angka. Seperti yang ditulis oleh seorang pengguna, “Sekecil apa pun pemberian, kalau kita tahu bersyukur, hidup terasa lebih lapang.”

Mungkin sudah tiba masanya rakyat menilai kembali sikap sendiri. Negara yang maju lahir dari rakyat yang tahu menghargai, bukan yang hanya tahu mengata.

Related Posts