Rayani Air, Indah Khabar Dari Rupa - The Reporter

Rayani Air, Indah Khabar Dari Rupa

PUTRAJAYA – Tindakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air, membatalkan penerbangan sesuka hati sehingga mendatangkan masalah kepada penumpang yang telah merancang perjalanan mereka dikritik oleh netizen termasuk, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. 

Melalui laman Facebooknya beliau berkata, Rayani Air bukan sahaja indah khabar dari rupa tetapi juga gagal mematuhi prinsip patuh syariah yang sebenar.
“Rayani Air sepatutnya bukan hanya perlu berbangga dengan peragaan pakaian krew yang menutup aurat tetapi perlu menunaikan janji dan menepati masa yang menjadi salah satu prinsip syariah. 
“Kalau prinsip perkhidmatan yang asas seperti ini tidak dapat dipatuhi, usah mendabik dada mendakwa kononnya penerbangan pertama patuh syariah. Akhirnya Islam bukan hanya sekadar label apatah lagi untuk dipergadangkan tetapi perlu memenuhi prinsip syariah, nilai dan akhlak yang lebih utama.

“Jangan sewenang-wenangnya menggunakan perlambangan dan penglabelan Islam untuk melariskan jualan. Perkara ini ditegah keras oleh Rasulullah SAW,” katanya pada Jumaat lalu. – PIXEL MEDIA

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!