Ratu Farah akui pernah jadi kegilaan pelajar lelaki di sekolah | The Reporter

Ratu Farah akui pernah jadi kegilaan pelajar lelaki di sekolah

Ratu Farah pengalaman sekolah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Farah Afifah, atau lebih dikenali sebagai Ratu Farah Diva, ialah seorang personaliti media sosial yang mula mencuri perhatian ramai melalui kandungan kreatifnya, termasuk video ‘pickup line’ bersama selebriti tempatan. Dengan gaya santainya yang menghiburkan, Farah kini dikenali sebagai figura yang sering mencetuskan perbincangan di platform digital.

Baru-baru ini, Ratu Farah membuat pendedahan menarik ketika menjadi tetamu dalam satu sesi podcast. Wanita berusia 29 tahun itu mengimbau kenangan zaman persekolahannya dan berkongsi pengalaman sering menjadi perhatian pelajar lelaki kerana rupa parasnya.

Menurutnya, kehadirannya di kantin sekolah sering menarik perhatian sekumpulan pelajar lelaki yang tidak henti-henti mengusiknya.

“Saya selalu kena kacau dengan lelaki. Kalau pergi kantin dengan kawan saya (Anis), mesti ada lelaki yang kacau,” ujarnya sambil tersenyum mengenangkan kenangan itu.

Tambahnya lagi, gurauan seperti, “Hai Farah, comelnya Farah hari ini. Cantiknya,” sudah menjadi perkara biasa buatnya ketika itu.

Netizen tak percaya

Pendedahan itu turut menarik perhatian netizen di media sosial, dengan pelbagai reaksi. Seorang netizen menulis, “Nak dengar sampai habis, tapi rasa segan nak dengaq pun, geli telinga”.

Netizen lain pula menulis, “Ni bukan podcast seram kan?” memberi gambaran suasana podcast tersebut yang mencuit hati.

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang mempersoalkan kandungan podcast itu, yang menyatakan ia berunsur seperti buli secara halus.

“Pembulian secara halus sebenarnya podcast macam ni,” tulis netizen yang menunjukkan reaksi berbeza terhadap pendedahan tersebut.

Related Posts