Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh seorang ibu mahupun ayah tidak pernah diminta balasan. Perhatian dan kasih sayang dari anak-anak yang diperlukan apatah lagi apabila sudah menginjak ke usia emas. Biarpun emas dan permata diberikan kepada ibu dan ayah, tetapi belum cukup mampu untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.
Tetapi alhamdulillah dalam masa yang sama, kakak ada pada masa kereta tu rosak dan abah buat keputusan untuk tarik kereta ni balik menggunakan tali dan tali tu diikat kat kereta kakak.
Kakak share gambar abah dalam group WhatsApp keadaan abah masa tu. Ya Allah, rasa macam nak menangis bila tengok gambar abah time tu. Dalam keadaan panas terik, tarik kereta sorang-sorang. Dalam hati ni terdetik “mana tanggungjawab aku sebagai seorang anak” yang sepatutnya tolong dia keadaan dia memerlukan macam ni? Alhamdulillah kereta tu selamat ditarik sampai ke rumah dan kereta tu dibaiki oleh abang dan adik lelaki.
Alhamdulillah. Terima kasih abang-abang, kakak dan adik-adik semua atas rezeki yang kita ada dan kita kongsikan bersama untuk kita berikan kepada emak abah kita. Alhamdulillah.











