Rambo Castello meninggal dunia di Jogjakarta | The Reporter

Rambo Castello meninggal dunia di Jogjakarta

Rambo Castello atau Cikgu Ahmad Radzli yang sentiasa menghiburkan pengikutnya di media sosial.
Gambar: Facebook Rambo Castello.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pempengaruh media sosial yang juga kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello meninggal dunia pada jam 2.38 pagi Jumaat waktu Indonesia di Rumah Sakit Sardjito, Jogjakarta.

Allahyarham yang berusia 59 tahun menghembuskan nafas terakhir disamping isteri dan anak ketiga, Hafizul Fazli Ahmad Radzli.

Menurut Hafizul, bapanya sebelum ini sempat sedar pada Rabu dan memberi reaksi dengan senyuman serta anggukan walaupun tidak mampu bercakap.

“Kami dimaklumkan punca kematian bapa ialah serangan jantung dan jangkitan pada paru-paru kerana semasa rawatan dia turut diserang asma,” katanya.

Jenazah kini sedang diuruskan untuk dibawa pulang ke Malaysia dengan bantuan pihak kedutaan dan dijangka dikebumikan di Kampung Legeh, Air Lanas, Jeli.

Baca juga:

Terdahulu, keluarga Allahyarham pernah merayu kepada kerajaan agar membantu membawa pulang beliau ke tanah air selepas ditidurkan di hospital berkenaan sejak 5 Oktober lalu akibat serangan jantung.

Difahamkan, Allahyarham berada di Jogjakarta bersama rakan setugas sejak 4 Oktober sebelum dimasukkan ke hospital keesokan harinya.

Rambo Castello terkenal di media sosial dengan perkongsian kandungan berbentuk tips dan nasihat kehidupan yang diselitkan dengan humor menggunakan slang Kelantan yang diolah dalam gaya bahasa Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, Allahyarham melakonkan watak seorang pakcik bersemutar yang sinonim dengan kehidupan kampung.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts