'Ramai pelajar tertekan bila exam bertembung dengan Deepavali' – Ahli Parlimen Klang | The Reporter

‘Ramai pelajar tertekan bila exam bertembung dengan Deepavali’ – Ahli Parlimen Klang

Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman, berucap sambil memegang mikrofon mengenai isu peperiksaan yang bertembung dengan sambutan Deepavali.
Ahli Parlimen Klang, YB Ganabatirau Veraman menegaskan KPM perlu lebih peka dalam menyusun jadual peperiksaan agar tidak lagi bertembung dengan perayaan Deepavali. | Kredit gambar: Facebook YB Ganabatirau Veraman

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ahli Parlimen Klang, YB Ganabatirau Veraman, menggesa kerajaan lebih peka dalam menyusun jadual peperiksaan agar tidak bertembung dengan perayaan Deepavali, bagi memastikan pelajar dapat meraikannya tanpa tekanan emosi atau gangguan keluarga.

Dalam hantaran di Facebook beliau berkata, ramai pelajar berdepan tekanan tinggi apabila tarikh peperiksaan jatuh serentak dengan Deepavali, iaitu masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk keluarga, tradisi dan sambutan perayaan.

“Situasi ini bukan sahaja mengganggu sambutan keluarga, malah menjejaskan keseimbangan antara tanggungjawab akademik dan budaya. Ini satu bentuk ketidakadilan yang wajar diperbetulkan,” katanya.

Baca juga:

Cadangan cuti lebih adil

Menurut Ganabatirau, perayaan lain lazimnya mendapat cuti sehingga seminggu, manakala Deepavali hanya diberi antara satu hingga tiga hari. Perbezaan ini, katanya, menimbulkan konflik sosial dan emosi apabila pelajar terpaksa memilih antara peperiksaan atau sambutan keluarga.

Beliau menambah bahawa dasar pendidikan harus mencerminkan kepelbagaian budaya negara. Justeru, beliau mencadangkan cuti Deepavali dipanjangkan serta jadual peperiksaan disusun dengan lebih sensitif agar pelajar tidak perlu berdepan dilema.

“Dengan dasar yang lebih inklusif, kita bukan sahaja meringankan tekanan pelajar, malah memupuk rasa hormat serta penerimaan terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Related Posts