'Ramai pelajar mati syahid, belum dikenalpasti identiti & masih tertimbus' - Yang tinggal hanya sisa runtuhan, pengetua sebak berucap tanpa pelajar di depan - The Reporter

‘Ramai pelajar mati syahid, belum dikenalpasti identiti & masih tertimbus’ – Yang tinggal hanya sisa runtuhan, pengetua sebak berucap tanpa pelajar di depan

Bunyi loceng kedengaran menandakan waktu sesi persekolahan bermula. Sesi perhimpunan dimulakan dengan ucapan daripada pengetua sekolah.

Mata tertumpu dengan ucapan pengetua.

“Selamat pagi, pelajar-pelajar. Apa khabar anda hari ni? Kamu semua sudah bersedia? Mari kita mulakan sesi senaman diri untuk kekal cergas supaya kita dapat belajar dengan baik.

“Anak-anak, masa depan kamu menipu kamu. Kehidupan kamu yang mendatang, segala impian akan tercapai. Selalu ingat,keluarga kamu sayangkan kamu dan kami sayangkan kamu juga. Dan kami akan merindui kamu.

“Baiklah, mari kita mulakan sesi senaman. Di depan, bangun, duduk. Kanan, satu, dua,tiga, empat…(sebak). Baik lah kamu semua boleh masuk ke kelas masing-masing,” kata pengetua sambil melihat jam.

https://www.tiktok.com/@puteri_echa/video/7296697359172472065?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7296676797915497985

Pandangan mata pengetua kosong. Pelajar-pelajar di depannya hanya lah ilusi semata-mata sebaliknya yang tinggal hanya lah sisa runtuhan bangunan yang telah musnah dibom. Dia kelihatan sungguh sedih mengenangkan nasib yang menimpa anak-anak muridnya.

Sebelum ini juga, seorang guru di Gaza telah menyatakan sesi persekolahan di Gaza ditamatkan awal kerana kesemua pelajarnya telah meninggal dunia akibat kekejaman pihak zionis.

Semasa video tersebut dirakamkan, lebih daripada 3,457 kanak-kanak telah mati syahid. 260 orang lagi masih belum dikenalpasti identiti mereka, 6360 cedera parah. Lebih dari 1,000 kanak-kanak masih lagi terperangkap.

Dan lebih 203 buah sekolah musnah sama sekali gara-gara dibom oleh Zionis.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!