Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Gelombang pembatalan polisi kesihatan dilaporkan meningkat sejak hujung tahun lalu apabila kenaikan premium insurans terus berlaku dalam keadaan gaji ramai pekerja tidak berubah. Situasi ini turut menjejaskan pendapatan ejen takaful dan syarikat insurans yang bergantung kepada pembaharuan pelanggan.
Menurut laporan Sinar Harian, ramai pemegang polisi menamatkan perlindungan masing-masing kerana tidak mampu lagi menanggung kenaikan caruman bulanan. Walaupun mereka sedar pentingnya pelan takaful bagi menampung kos rawatan hospital yang semakin mahal, kekangan kewangan membuatkan ramai terpaksa memilih untuk berhenti.
Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
Beban kewangan jadi punca utama
Kebanyakan yang membatalkan polisi ialah mereka yang sudah lama mencarum. Namun beban premium yang semakin meningkat tanpa seiring dengan kenaikan gaji menjadikan polisi itu sukar untuk diteruskan. Ada juga pekerja yang terkesan akibat masalah kewangan syarikat, sekali gus memaksa mereka mengurangkan komitmen bulanan termasuk insurans.
Dalam masa sama, terdapat agensi yang melaporkan jumlah pelanggan baharu tetap meningkat berbanding tahun sebelumnya, menunjukkan kesannya tidak seragam bagi semua syarikat insurans.
Kesan kepada ejen dan pelanggan
Di media sosial, ramai meluahkan dilema antara mahu mengekalkan perlindungan perubatan dan menampung kos kehidupan harian. Ada yang menurunkan pelan, menghentikan rider tertentu atau menangguhkan naik taraf sebagai jalan tengah.
Bagi pihak ejen pula, mereka mengakui perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan pelanggan baharu ketika kenaikan premium insurans terus menekan bajet isi rumah. Pengguna digalakkan menilai semula manfaat pelan, membandingkan tawaran setara atau menstruktur semula caruman supaya masih memiliki perlindungan asas tanpa terbeban.








