'Ramadan bersama Musalla' - IOI City Mall raih pujian sediakan kemudahan solat sunat Tarawih | The Reporter

‘Ramadan bersama Musalla’ – IOI City Mall raih pujian sediakan kemudahan solat sunat Tarawih

Solat sunat Tarawih
Sumber Gambar: FB IOI City Mall

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pusat beli-belah IOI City Mall sememangnya menjadi tarikan umum orang ramai untuk membeli-belah. Selain daripada keluasan pusat beli-belah berkenaan serta pelbagai tawaran pembelian, kemudahan yang disediakan turut menjadi perhatian ramai.

Sebelum ini, pihak pengurusan IOI menguar-uarkan kemudahan surau yang disediakan untuk jemaah lelaki menunaikan solat Jumaat.

Ramadan kali ini pula, IOI City Mall sekali lagi mendapat pujian apabila menyediakan kemudahan Musalla untuk solat Tarawih yang telah dibuat pada 1 Mac lalu. Solat sunat Tarawaih ini berlangsung dari 1 Mac hingga 30 Mac.

“Ramadan bersama Musalla IOI City Mall. Jom tingkatkan amal dan raih keberkatan bersama.

“Solat Tarawih setiap malam di Musalla, IOI City Mall dari 1 – 30 Mac 2025. Lokasinya adalah di Musalla, East Wing – Lower Ground (di belakang Poh Koh),” katanya.

Dalam hantaran di Instagram itu, turut dimaklumkan mengenai pembukaan kaunter zakat fitrah dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (Sepang) mulai 3 Mac 2025.

Usaha pihak pengurusan IOI itu dipuji ramai dan rata-rata mengucapkan penghargaan diatas kemudahan yang disediakan itu.

Related Posts