Putrajaya teliti cadangan tingkatkan had umur bersara dari 60 ke 65 tahun, netizen kata cadangan itu mengarut! - The Reporter

Putrajaya teliti cadangan tingkatkan had umur bersara dari 60 ke 65 tahun, netizen kata cadangan itu mengarut!

Putrajaya kini sedang meneliti cadangan untuk meningkatkan had umur persaraan mandatori daripada 60 ke 65 tahun seperti yang dilakukan di beberapa buah negara maju termasuk Singapura. 
Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, pihaknya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk memperhalusi beberapa perkara sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu termasuk mengenai permintaan kenaikan pemberian elaun khas kos sara hidup (COLA). 
Ditanya sama ada cadangan itu akan mengurangkan peluang pekerjaan kepada generasi muda, Kulasegaran berkata cadangan itu dilihat mampu memberi kebaikan kepada negara pada masa hadapan. 
“Negara ini kekurangan tenaga kerja dan bukannya kekurangan peluang pekerjaan. Kita mengambil ramai pekerja asing disebabkan negara ini kekurangan tenaga kerja. 
“Kebanyakan kadar pengangguran di negara ini terdiri daripada golongan muda termasuk graduan yang baru menamatkan pelajaran,” katanya. 
Bagaimanapun, majoriti netizen tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana berpendapat golongan muda juga perlu diberi peluang pekerjaan. 
Selain menegaskan cadangan itu mengarut, netizen turut menganggap umur 60 tahun sudah terlalu tua untuk berkhidmat dan umur yang afdal bagi kakitangan awam berpencen adalah 55 tahun. 
Sumber: Harian Metro
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!