'Punya la baik bini boss bagi kereta Mercedes Benz, nak juga sondol laki orang!' - Netizen korek balik posting lama Facebook 'Meera' - The Reporter

‘Punya la baik bini boss bagi kereta Mercedes Benz, nak juga sondol laki orang!’ – Netizen korek balik posting lama Facebook ‘Meera’

Semenjak tular pendedahan Shermine mengenai suaminya yang curang dengan staff sendiri, netizen kini mula mengorek segala hal mengenai ‘penyondol’ berusia 26 itu melalui akaun media sosialnya yang masih boleh diakses oleh orang awam.

Antara yang menarik perhatian netizen ialah pemberian sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz dari syarikat yang dimiliki oleh Shermine dan suaminya.

Berdasarkan tarikh hantaran, pasangan itu menghadiah kenderaan mewah itu pada Jun 2022. Gambar ‘hadiah’ tersebut turut dimuat naik oleh wanita muda itu di Facebooknya beberapa hari kemudian.

Menurut Shermine, pemberian itu adalah sebagai ganjaran di atas hasil usahanya yang sanggup bekerja lebih masa.

“Percayalah, kerja overtime akan dapat Mercedes Benz. Tahniah Meera sayang. You punya berusaha semua orang boleh nampak,” kata Shermine.

Bagi Meera, dia bersyukur dengan pencapaian tersebut dan tidak menyangka keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai pereka grafik untuk menjadi hos siaran langsung membuahkan hasil yang banyak.

“Dulu Meera pun tak percaya yang Meera boleh jadi seorang host live streaming. Tapi sekarang, Alhamdulillah here I am.

“Thank you View Hau, Shermine. Kejayaan yang dikecapi dalam karier ini adalah atas sokongan dan dokongan kamu. Saya amat menghargai segala tunjuk ajar yang diberikan,” katanya.

Bagaimanapun, ‘overtime’ yang dibuat itu nampaknya telah melebihi batasan apabila Meera dikatakan telah menyondol suami kepada Shermine.

Baca laporan berkaitan:

Disebabkan itu juga, penyondol berkenaan telah dikecam teruk dan segala akaun media sosialnya kini menjadi sasaran netizen.

“Tak tahu nak cakap apa. Isteri dia percayakan kau lima tahu kot. Last-last kau sebat lagi. Allahuakbar. Kalau aku la kat tempat isteri dia, mahu luluh hati aku sedih dan kecewa bilamana orang yang kita percaya tikam belakang,” kata Amy.

“Punya la baik bini boss bagi kereta Mercedes Benz, nak juga sondol laki orang,” kata Nur Farah.

“Tengok beli kereta bulan Jun 2022, kes baju apa hari ni bermula April 2022. Fuh! Dua bulan punya layan di tangga terus dapat kereta baru,” kata Zieyra.

“Patutlah dia selalu ambil gambar dalam Mercedes. Gila ah! Memang gila dia punya cintan cintun,” kata Nur Natasya.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!